Jalan-jalan : Mundok, Sungai Golok Thai

Hari Jumaat bersamaan 9/12/11 rombongan aku dan rakan housemate serta ofismate ke Mundok, Sungai Golok.Tepat jam 8.00pg aku bertolak dari rumah menuju ke Pasir Mas untuk ke jeti yang menghubungkan Pekan Mundok. Sepatutnya rombongan kami kesana 4 orang tapi tinggal bertiga jer, Kak Aini rakan housemateku terpaksa turun ke Dungun pagi tu.So tinggallah kami bertiga. Lebih kurang pukul 9.00 lebih kami sampai di Jeti untuk menyeberang Sungai Golok. 

Untuk pengetahuan kawan-kawan, Pasar Mundok dikenali Pasar Barang Murah oleh penduduk disekitar Pasir Mas.Kkenapa panggil tempat ni pasar barang murah??sebab barang-barang kat sini memang murah-murah la.macam-macam barang ada, barang-barang dapur,perhiasan,baju,kain-kain,buah-buahan dan macam-macam lagi la.Untuk menyeberang sungai Golok,tambang rm1.00 dikenakan setiap seorang.Tak kira kecil atau besar,semua kena caj tambang..hehehe...hari Jumaat ialah hari besar bagi peniaga-peniaga di pasar ni,pada pagi itulah ramai pemborong dari Malaysia turun ke Mundok membeli barang-barang murah untuk jual dibandar2 sekitar Kelantan. Pada hari itu jugalah, ramai orang dari pelosok mana la nyer,sampaikan disekitar jalan penuh dengan kereta-kereta. pasar ni hanya beroperasi hari Jumaat dan Isnin.hari-hari lain macam biasa jer tak ramai.So sape-sape yang turun Kelantan dan tak pernah datang sini lagi, try la turun sini.Rasai kehangatan tempat ni yer..

Welcome...tak payah risau pasal parking kat sini.memang banyak sangat-sangat parkingnya.


Belakang Kak Aishah tula bot yang digunakan untuk menyeberang ke sebelah sana.

Bergambar ayu di tepi Sungai..ekekeke
Bersedia untuk berlepas..
madyAdy penunjuk arah kami..kikikiki
Saya nak BEAR ni boleh???murah jerk x sampai RM100...lebih besar dari pada yang memegangnya tu.
kepenatan....beli tu jerk...hehehehe...
Sekitar Pekan Pasar Mundok..sesak dengan orang
Mo Pulang sudah...jommm

Begitula seharian berada kat pasar sana. Bertolak balik sebelum solat Jumaat.Cuaca haritu pun memang panas sangat-sangat nasib baik tak hujan la kan.Lau tak habis becak jalan-jalan tu. So sape-sape tak pernah turun sini,turun la yer...Selamat jerk tempat ni..Bebas kuar masuk, tak perlu pasport..K bye..see u againn..

0 comments:

Post a Comment