FRIEND : suke-suke hujung minggu

Minggu ni aku tak balik kampung.So melepak la kat rumah sewa ni bersama geng2 umah sewa.Disebabkan keboringan duk rumah, kami decide nak kuar lepaskan kebosanan di KB MALL. Kami decide keluar lepas solat jumaat. Kalau nak tahu,kat sini, setiap kali time solat jumaat,semua kedai-kedai and shopping complex tutup.So sebab tu ambil keputusan keluar lepas orang solat jumaat.Sebelum bertolak ajak jugak kengkawan yg nak main bowling. hu3...hanya Mady Ady Bumblebee sorang je yg free. Yang lain-lain semua ada hal masing-masing. Lebih kurang pukul 3++ kami sampai sana.Sampai jer sana terus cari tempat untuk melantak.Last-last masuk pizza hut.hehehehe..Semua tempat ramai orang.ka sini pun kena tunggu giliran nak dapatkan tempat duduk.Tak sampai 10 minit dapat jugak tempat untuk kami. 

Tambahkan energy sebelum lawan bowling
Tak sabar dah nak makannya..hehehehe..perut lapar time ni.


Selepas makan kami terus ke tempat tujuan kami iaitu main bowling. Nasib baik tak ramai sangat orang kat Pasific Bowl masa tu, pergi kat kaunter terus dapat gilirin kami. Kami main 2 game jer, nak main banyak-banyak nanti habis power lak. So untuk dua game, 4 orang main RM56.00. Tak boleh blah budak kat kaunter tu, siap nak tengok bawa stoking ke tak.Sebelum ni takder pun nak tengok-tengok. Apa lagi tunjuk jer la stoking-stoking kami. Nasib baik semua bawa kalau tak kantoi.Kena beli stoking kat situ. 1st game bermula slow sikit.Panas-panaskan tangan dulu.Lama juga tak main bowling ni. 

My housemate, Kak Aishah n Kak Aini
waiting my turn.....Sekarang Mady Ady ngah buat lontaran
 Mady Ady winner untuk 1st game....
Kak aishah n Kak Aini....chaiyok-chaiyok lagi ye..hehehehehe
Berakhirnya untuk Game yang pertama.Second game plak menyusul.Seronok pulak main untuk game yang kedua ni..hohohoho...banyak kali jugak dapat aku strike..suka sangat-sangat la.baru confident nak main kan.

Sampai bola pun color purple...hehehe
ngah fokus tu...shhhhhhhhhhh
 Keputusannya..................



Sebelum balik,snape dulu kat sini.
Puas hati aku main petang tu.Lepas main kami solat asar kat surau atas sana. Ingatkan nak shoping lepas solat, tapi lain plak jadinya..hehehehe...jalan-jalan cuci mata jerk. Lebih kurang pukul 7.30 mlm, sampai la kami dirumah dalam kepenatan.

Jangan Ada Benci

Harini aku terbaca satu artikel dari inbox email aku. Bila membacanya, aku terus tertarik dengan kata-kata beliau. Inginku kongsi bersama-sama rakan-rakan sekalian tentang artikal tersebut disini.


Menurut Dato' Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah ramai juga orang yang gagal dalam pergaulan kerana menyimpan perasaan BENCI dalam hati mereka. Tuhan itu maha adil. Perasaan benci dalam diri kita akan menyebabkan ramai orang mudah benci terhadap kita. Misalnya, orang yang membenci ibu bapanya mungkin akan dibenci oleh rakan-rakannya. Orang yang membenci jirannya atau bekas kekasihnya mungkin akan dapat kebencian daripada rakan sekerjanya atau malahan ketua jabatannya.

Justeru hapuskanlah segala perasaan benci daripada hati kita agar kita mudah menjalin hubungan dengan orang lain.

Kaedah Mengikis Benci

Cara yang terbaik untuk mengikis benci ialah dengan memaafkan semua orang sebelum tidur malam. Jika setiap malam sebelum tidur kita sentiasa mencuci muka, memberus gigi, membersihkan diri dan mengibas tempat tidur, tidak bolehkah kita mencuci hati kita dengan memaafkan semua orang sebelum tidur? Pengalaman secara peribadi penulis menunjukkan bahawa dengan memaafkan semua orang sebelum tidur, kita akan dapat membersihkan hati serta menenangkan fikiran dan mudah menjalin hubungan baik dengan orang lain.

Faktor-faktor Yang Boleh Merangsang Kehebatan Dalam Pergaulan

Antara faktor yang menyebabkan kita mudah berinteraksi dengan orang lain dan orang lain mudah tertarik kepada kita ialah:
  • Jaga solat dan lakukan ibadah-ibadah khusus dan umum yang lain.
  • Sentiasa bersangka baik terhadap semua orang (walaupun kita perlu berwaspada setiap masa).
  • Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita.
  • Banyakkan bersedekah, samada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yang berterusan.
  • Sentiasa memperbanyakkan sabar. Nabi s. a. w. pernah berpesan supaya mencari 144 sebab sebelum kita memarahi orang.
  • Sentiasa ceria apabila berjumpa dengan orang lain. Pastikan setiap orang seronok berinteraksi dengan kita.
  • Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang-menyayangi antara satu dengan yang lain. Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yang kurang sopan akan menyebabkan orang lain rasa mual terhadap kita.
  • Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan insyaAllah orang lain akan tertarik kepada kita.
  • Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan apabila mengingati mati.
  • Sentiasa syukur dan redha atas pemberian Allah swt.
  • Sentiasa memberi salam dan ucap selamat kepada orang lain. Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama manusia.
  • Pamerkan simpati kepada setiap individu-individu yang memerlukan simpati dan perhatian.
  • Jadilah pendengar dan kawan yang setia.
  • Sampaikan berita baik tentang orang lain dan sembunyikan kelemahan atau keburukan orang lain.
  • Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang dan iringi perpisahan dengan doa.


************************************************************************************************************

Kebencian yang melampaui batas juga memungkinkan seseorang itu, membuat fitnah terhadap musuhnya. Kebencian juga menjadikan seseorang itu hilang pertimbangan dan percaya kepada fitnah tersebut. Sebaiknya, kita perlu bersangka baik dengan semua orang. 

Terlebih dahulu baiki diri untuk menarik perhatian orang lain terhadap diri kita, kita perlu terlebih dahulu menyayangi dan memperbaiki diri kita. Jauhkan kebencian itu,kerana ia bisa merosakkan hati kita dan kita tidak akan merasa kebahgiaan hidup jika perasaan itu mula beraja dihati kita.