Showing posts with label muhasabah diri. Show all posts
Showing posts with label muhasabah diri. Show all posts

Kalau Orang Tak Suka Kita

Adakala kita terfikir… Kita mungkin tidak pernah menyusahkan hidup sesiapa, kita mungkin tidak pernah menganggu hidup orang dan tidak pernah pula membenci atau menyakiti mereka. Namun tiba-tiba sahaja mereka membenci kita. Berkata-kata buruk tentang kita di bekalang dan mengaturkan pelbagai strategi untuk menyakitkan hati kita.

Sebagai manusia biasa, kita tidak akan terlepas dari mempunyai kekurangan pada diri. Mungkin pada cara kita bercakap, mungkin pada cara kita berjalan, mungkin pada mata, mulut, hidung dan seumpamanya yang menyebabkan ada sesetengah orang tidak suka, benci dan meluat melihat kita.

Jika mereka tidak berbuat apa-apapun mereka akan cuba melarikan diri dari kita. Seolah-olah kita ini makhluk yang aneh atau manusia yang tidak berguna, tidak perlu mendekati orang seperti kita. Keadaan yang diceritakan ini semakin menjadi-jadi apabila perbuatan masing-masing mula dizahirkan dalam Facebook.

Saya melihat ramai kawan-kawan yang me’remove’ kawannya yang menyakitkan hati. Hampir setiap hari juga saya melihat kenalan Facebook memaki-maki, marah dan menulis status-status berkaitan dengan orang yang dibenci dan orang membencinya. Apa sudah jadi dan apa yang harus kita lakukan?

Berfikir & Renung Sejenak…
Muhasabah diri. Adakala sikap orang adalah cermin kepada sikap kita sendiri. Mungkin kita rasa kita tidak menyakiti hati orang, tetapi orang tetap terasa sakit. Carilah kelemahan pada diri yang mungkin kita terlepas pandang dan perbetulkan kembali. Bertenang dan jangan membalas kebencian mereka dengan terus membenci mereka.

Seandainya kita sememangnya tidak melakukan kesilapan, kenapa mahu bersedih? Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang benar. Jika mereka membenci kita dan menyakitkan hati kita, itu dosa mereka. Kita tak rugi apa-apa, yang perlu kita sedih bukan sebab mereka membenci kita tetapi jika kita membenci orang dan cuba menyakitkan hati mereka. Kerana perbuatan itu akan membuatkan kita hampir dengan dosa.

Cukuplah Berbakti Kepada Orang Yang Wajib
Jika kita punyai kawan yang menyakitkan hati, abaikan sahaja dirinya. Cukuplah berbakti kepada orang yang kita perlu taat seperti ibu ayah, taat suami bagi seorang isteri dan taat kepada Allah sebagai seorang manusia. Mereka yang tidak tersenarai dalam rantaian kewajipan kita untuk taat itu kita boleh abaikan sahaja.
  • Biarlah semua kenalan menolak kita yang penting kita jaga suami kita dengan baik.
  • Biarlah kawan-kawan meninggalkan kita yang penting kita tidak meninggalkan keluarga.
  • Biarlah seluruh kaum keluarga memulaukan kita yang penting kita tidak memutuskan tali silaturrahim.
  • Biarlah seluruh umat menyakitkan hati kita yang penting kita tidak menyakitkan hati Allah.
Kebahagiaan terletak dalam hati. Ia bergantung kepada kepercayaan kita. Seandainya kita percaya bahawa dipulaukan orang adalah suatu yang menyedihkan, maka hidup kita akan terseksa. Namun seandainya kita faham bahawa perbuatan terkutuk mereka dapat menyumbangkan pahala yang banyak untuk bekalan akhirat, kita akan bahagia. Biarlah manusia yang leka dengan sandiwara dunia dengan sikap buruk mereka, yang penting jangan kita bersikap buruk pada mereka kerana hidup kita untuk mencari kebahagiaan di sana. Bukan melayan persengketaan yang sia-sia.
“Jangan resah andai ada yang membencimu, kerana masih ramai yang mencintaimu di dunia. Tetapi resah dan takutlah andai Allah membencimu, kerana tiada lagi yang mencintaimu di akhirat.” – Imam Al-Ghazali


Artikel ni saya petik dari blog WanWMA...Sama-sama kita mengambil iktibar darinya.


Jangan Ada Benci

Harini aku terbaca satu artikel dari inbox email aku. Bila membacanya, aku terus tertarik dengan kata-kata beliau. Inginku kongsi bersama-sama rakan-rakan sekalian tentang artikal tersebut disini.


Menurut Dato' Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah ramai juga orang yang gagal dalam pergaulan kerana menyimpan perasaan BENCI dalam hati mereka. Tuhan itu maha adil. Perasaan benci dalam diri kita akan menyebabkan ramai orang mudah benci terhadap kita. Misalnya, orang yang membenci ibu bapanya mungkin akan dibenci oleh rakan-rakannya. Orang yang membenci jirannya atau bekas kekasihnya mungkin akan dapat kebencian daripada rakan sekerjanya atau malahan ketua jabatannya.

Justeru hapuskanlah segala perasaan benci daripada hati kita agar kita mudah menjalin hubungan dengan orang lain.

Kaedah Mengikis Benci

Cara yang terbaik untuk mengikis benci ialah dengan memaafkan semua orang sebelum tidur malam. Jika setiap malam sebelum tidur kita sentiasa mencuci muka, memberus gigi, membersihkan diri dan mengibas tempat tidur, tidak bolehkah kita mencuci hati kita dengan memaafkan semua orang sebelum tidur? Pengalaman secara peribadi penulis menunjukkan bahawa dengan memaafkan semua orang sebelum tidur, kita akan dapat membersihkan hati serta menenangkan fikiran dan mudah menjalin hubungan baik dengan orang lain.

Faktor-faktor Yang Boleh Merangsang Kehebatan Dalam Pergaulan

Antara faktor yang menyebabkan kita mudah berinteraksi dengan orang lain dan orang lain mudah tertarik kepada kita ialah:
  • Jaga solat dan lakukan ibadah-ibadah khusus dan umum yang lain.
  • Sentiasa bersangka baik terhadap semua orang (walaupun kita perlu berwaspada setiap masa).
  • Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita.
  • Banyakkan bersedekah, samada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yang berterusan.
  • Sentiasa memperbanyakkan sabar. Nabi s. a. w. pernah berpesan supaya mencari 144 sebab sebelum kita memarahi orang.
  • Sentiasa ceria apabila berjumpa dengan orang lain. Pastikan setiap orang seronok berinteraksi dengan kita.
  • Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang-menyayangi antara satu dengan yang lain. Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yang kurang sopan akan menyebabkan orang lain rasa mual terhadap kita.
  • Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan insyaAllah orang lain akan tertarik kepada kita.
  • Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan apabila mengingati mati.
  • Sentiasa syukur dan redha atas pemberian Allah swt.
  • Sentiasa memberi salam dan ucap selamat kepada orang lain. Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama manusia.
  • Pamerkan simpati kepada setiap individu-individu yang memerlukan simpati dan perhatian.
  • Jadilah pendengar dan kawan yang setia.
  • Sampaikan berita baik tentang orang lain dan sembunyikan kelemahan atau keburukan orang lain.
  • Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang dan iringi perpisahan dengan doa.


************************************************************************************************************

Kebencian yang melampaui batas juga memungkinkan seseorang itu, membuat fitnah terhadap musuhnya. Kebencian juga menjadikan seseorang itu hilang pertimbangan dan percaya kepada fitnah tersebut. Sebaiknya, kita perlu bersangka baik dengan semua orang. 

Terlebih dahulu baiki diri untuk menarik perhatian orang lain terhadap diri kita, kita perlu terlebih dahulu menyayangi dan memperbaiki diri kita. Jauhkan kebencian itu,kerana ia bisa merosakkan hati kita dan kita tidak akan merasa kebahgiaan hidup jika perasaan itu mula beraja dihati kita.

Lonely so Lonely

Lonely..lonely..lonely...lonely..lonely...lonely...lonely...Itu jerk yang aku rasa sejak 2 menjak ni....rase sunyi jer..Jiwa ni terasa kosong yang teramat sangat....Begitu terasa dan tersentuh dengan satu artikal yang aku baca...huk..huk...huk...memang terasa diriku makin Jauh darinya....

Lagu Kerlipan Cinta yang menyentuh hati sanubariku....begitu mendalam maksudnya....


-----Kerlipan Cinta-----

Hidayah…
Kerlipan cipta Cintaku
Harum rembulan mawar
Dingin dihakis cita keseorangan

Aku…
Masih menghitung diri
Kesiangan yang panjang
Ingin mengisi hati

Padamu Kasih
satukan aku
dengan rahmat-Mu
dengan Kalimah

Malam siangku
berliku liku
duri dugaan
siratan Cinta 

Biar di jembala mentari
dan di bahu gunung berapi
Pasrahku abadi untuk-Mu
untuk-Mu…

Ku… kembara setia disisi-Nya
Ku… inginkan bahagia abadi
Ku… impikan sentosa naungan-Nya

selamanya…

Sentuhan Qalbu 2



http://www.emocutez.com

Sentuhan Qalbu


penyampaiannya yg begitu berkesan....memang menusuk ke kalbuku...
sama-sama kita hayatinya....