Showing posts with label food. Show all posts
Showing posts with label food. Show all posts

Buah DelimA


Malam ni nak bercerita sikit pasal buah delima ini.Buah ni dah jadi 'feberet' aku dah.Tapi ikut musim juga la,lau tak susah nak dapat kat sini.Kat pasaraya pun kadang-kadang ada,kadang-kadang tiada.Sekarang ni kalau pergi kat pasar,mesti bertimbun-timbun buah delima ni.Sampaikan harga untuk sebiji buah delima just RM1.lau dah RM1,apa lagikan,borong la kan..hehehehehe..Nak tau apa khasiat Buah Delima ni,Jom baca kat bawah ni ek...


Delima membantu menstabilkan kadar kolesterol

Peningkatan kolesterol jahat boleh menyebabkan risiko kesihatan yang merugikan. Delima akan membantu meningkatkan tahap kolesterol baik dan menurunkan kolesterol jahat. Keuntungan ini memperbaiki kesihatan.

Delima Memiliki Kandungan Antioksidan yang Tinggi

Delima mengandungi antioksidan yang lebih tinggi berbanding wain merah dan teh hijau. Jika anda memerlukan sumber antioksidan dalam kehidupan sehari-hari, anda perlu pastikan itu adalah antioksidan terbaik. Delima merupakan sumber antioksidan terbaik.

Delima Melawan Penyakit Jantung

Delima membantu meningkatkan peredaran darah. Ini adalah cara terbaik untuk melindungi diri dari serangan penyakit jantung. Berdasarkan kajian terkini, kandungan antioksidan jus delima membantu mengurangkan pembentukan lemak di dinding arteri. Antioksidan membantu memperbaiki sel yang rosak. Delima mengandungi 'flavonoid'dan 'polyphenol', antioksidan yang dapat melawan penyakit jantung dan kanser.

Delima Untuk Stimulasi Disfungsi

Jus buah delima kaya antioksidan yang dapat meningkatkan aliran darah ke alat kelamin.

Delima Memperkuat Sistem Pertahanan Badan

Delima adalah pendekatan yang baik untuk melawan penyakit. Delima dapat meningkatkan pengedaran darah. Kandungan antioksidan yang tinggi dalam buah delima akan membantu menguatkan sistem pertahanan tubuh dan melawan penyakit. Ini adalah langkah pertama untuk mengelakkan dari menjadi korban serangan jantung atau penyakit jantung.

Delima Mengurangkan Risiko Diabetes

Minum jus delima baik bagi pesakit diabetes dan menurunkan risiko masalah jantung. Satu penyelidikan baru mendapati bahawa pesakit diabetes yang minum jus buah delima selama 3 bulan dapat menurunkan kemungkinan aterosklerosis (atau pengerasan pembuluh darah).

Mencegah Kemasukan Virus HIV-1 dan Mikrobisida

Kajian menunjukkan jus delima menghalang kemasukaan virus HIV-1 ke dalam tubuh. Ia juga dapat menahan serangan virus dari jenis A hingga G dan kumpulan O.

Mencegah Kanser Kelenjar Prostat

Ini hanya boleh dicapai dengan minum jus buah delima atau mengambil suplemen delima. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa jus buah delima dapat mengurangkan pertumbuhan kanser prostat. Kebanyakan pesakit puas hati dengan keputusan yang diperolehi di mana penggunaan delima dapat mengubati kanser.

Menentang Kanser Payudara

Penyelidikan terbaru mendapati bahawa minyak dari biji buah delima dapat memusnahkan sel-sel kanser tanpa menjejaskan payudara dan mempertahankan sel yang ada. Kajian lain di Universiti Chicago mendapati jus delima yang diperam dan minyak biji delima dapat membantu mencegah kanser payudara. Sebuah kajian di Wisconsin mendapati bahawa sari buah delima akan membantu mencegah pertumbuhan sel kanser kulit.

Membantu Merendahkan Tekanan Darah

Jus buah delima mengandungi 'phytochemical' mendorong penerima serotonin dan estrogen, dapat memperbaiki sistem tekanan dan tulang. Antioksidan pada buah delima juga mengurangkan akumulasi sel-sel darah kotor secara semulajadi dan mengurangkan tekanan darah, faktor untuk mencegah serangan jantung dan stroke.

Menguatkan Kesihatan Gigi

Delima diketahui mengurangkan pembentukan plak pada gigi. Gigi sihat boleh diperolehi selain dari menggunakan perkhidmatan seorang doktor pakar. Ini boleh menghalang daripada kehilangan gigi.

Mencegah Penyakit Alzheimer (Nyanyuk)

Para penyelidik dari Vanderbilt University Medical Center mengakui bahawa mereka yang minum jus buah delima untuk tiga kali atau lebih setiap minggu dapat mengurangkan 76 peratus pertumbuhan tanda penyakit Alzheimer daripada mereka yang minum kurang dari satu sajian seminggu.

Melindungi Otak Bayi

Dalam kajian Pediatrics mendapati bahawa minum jus delima selama kehamilan dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus buah delima juga boleh membantu pengguna untuk mendapatkan bayi yang sihat. Beberapa tahun yang lalu, doktor mengesahkan bahawa asid folik tidak cukup (folat) boleh menyebabkan kecacatan tiub saraf yang menyebabkan kerosakan pada sumsum tulang belakang dan langit-langit bibir sumbing pada bayi.

Itulah sebabnya American Medical Association mengesyorkan bahawa semua wanita hamil untuk mengambil suplemen asid folik setiap hari. Jus buah delima membekalkan asid folik yang tinggi. Selain itu, jus delima yang baik mengandungi potassium yang dapat mengelakkan kejang kaki yang biasa dihadapi oleh wanita hamil pada malam hari.

Delima Mengurangkan Batuk dan Asma

Kandungan asid askorbik (vitamin C) yang tinggi dalam buah adalah agen anti-inflamasi yang hebat. Ini akan mengurangkan bunyi dehitan pada pesakit asma.

Delima juga dapat mengelak penyakit gaut dan penyakit awal pagi (alahan ibu mengandung) juga mempercantik dan merawat kulit.

'Potassium' dalam delima cukup tinggi, selain dari mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, natrium, vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C, reaksi dengan natrium, menetapkan keseimbangan air tubuh dan menjaga degupan jantung untuk tetap normal (bagi ibu dan fetusnya). Dengan menjaga keseimbangan potassium-sodium menyokong kepekaan saraf dan otot berfungsi dengan betul (kajian mendapati rahim menjadi lebih kuat sesuai dengan sensitiviti gerakan untuk menyokong bayi dikandung), mencegah edema, dan mengurangkan gula yang beredar dalam darah (ibu pertama kalinya hamil atau kehamilan lebih dari 3 kali). Delima meringankan keletihan otot dan membolehkan bergerak dengan mudah, dan juga menguatkan jantung.

p/s: Banyakkan khasiatnya...Jadikan buah kegemaran anda sekarang juga k...(^_^)v

oreo cheesecake LAGI!!!!!


SO nyummmyyyyyy....kan3???tengah-tengah malam bikin CheeseCake No bake ni...akhirnya..itulah hasilnya..Cheesecake ni kak KC n me bertungkus lumus siapkan ( i siapkan resepi and petua-petua sikit serta toping jerk..hehehehe..)...terkejar-kejar masa cos banyak lagi pencuci mulut untuk majlis Jamuan Hari Raya nak dibuat, akhirnya everything siap walaupun mata dah mengantuk sangat-sangat..

Firstly nak siapkan cupcake 1++ biji juga la(Dalam kepala,bleh kew siapkan ni..masa der brape jam jerk lagi..)Semua cupcake tu dah dibakar awal-awal lagi cuma decoratenya jerk belum..(tugasku lanye)..hehehehe...Decorate Cupcake tu SIS KC bg task kt aku untuk siapkan...Mak aiiii,sebenarnya ini la first time aku mendecorate cupcake ni..Tapi alhamdulillah semuanya smooth and clear jerk..DONE jugak task aku tu around 3.00 a.m..hu3..ngantuk sangat-sangat dah tu...Tapi lastly Inilah hasilnya..




Trifle buah-buahan adalah hasil tangan SIS KC...nak siapkan trifle ni pun tak der la susah sangat tapi kena jaga-jaga dengan kastardnya tu...silap acuan lain jadinya..




Lapisan ke-empat,i Forgot to take a picture..Lapisan agar-agar dan Buah-buah untuk decoration...Lastly inilih dia Triflenya..(Good Job Sis KC)


Lastly We prepare Begedil...The Best Begedil yang pernah saya makan la..Begedil ni from Al-Sahar..memang semua duk puji begedil yang dia buat ni best..Kami just prepare untuk gorengkan sahaja..hehehehe...Nak menggoreng begedil ini,susah sikit sebab kita kena lemah lembut,tak boleh nak cepat-cepat dan menggoreng dengan api yang kecil jerk.Ini untuk mengelakkan begedil tuh pecah dan hancur.Memang menguji kesabaran la..dah la begedil ni kecil-kecil silap terbalik masa menggoreng,hancur jadinya..hehehehe..Ini dia gambar begedilnya..


Hasilnyaa................memang best...




Alahai Chunky Pizza....

Ready to go out.....
Alhamdulillah...keinginan nak makan Pizza dalam kebelakangan harini tercapai jugak.Tapi Chunky Pizza yang diinginkan tu tak dapat makan lagi..huk..huk..Nampak gayanya terpaksa keluar makan lain kali la plak..Mula-mula keluar rumah dengan Housemate pergi Pizza Hut dekat Kubang Kerian dalam pukul 9.00 mlm...Sampai ajer sane,wahh so many people ar ngah menunggu...dah la service kat situ lambat..ntah pukul berapa la dpt makan pizza nyer.Kami ambik keputusan blah jerk dari situ dan pergi ke Town.dalam 9.45 sampai kat saner terus dapat parking.Masuk la kami mencari meja..Dapat meja yang tengah-tengah..urmm kira ok la..Bila time ordeer..belum sempat tanya Chunky Pizza,tunjuk ngan jari jerk, Pelayan tu cakap...

          " Pelayan : minta maaf la kak, Chunky Pizza habis stok doh, esok baru ado...(Bace slank kelantan ye) "
          " Kami : ala.......................melepas jugak....(terus mood down)....x dpt juga merasanya malam ni..."
          " Pelayan : (senyum jerk dia )"
          " Kami : (saling berpandangan)..order jerk la yang lain..."

Ini dia,New Pizza....terlepas malam ni....
kak Aishah said : so bad x dapat makan...
Sambil-sambil menunggu pizza siap...Ini dia kije kami...snap-snap la sikit...Tak hirau da kat orang disekeliling.

With my favorite soup
With Housemate , Kak Aishah
With housemate, Kak Aini (tak tinggal phone dia tu)
Malam ni takder rezeki nak makan Chunky Pizza.Lain kali kami datang lagi ok..Jaga-jaga ko Chunky.akan kami ngap Ko nanti...hehehehehe...Makan la dulu yang ini untuk malam ni...ok...


Akhirnya Tutti Fruitti dalam perut jugakkk....

Hari ni hari Selasa adalah hari diskaun kat Tutti Fruitti.Tapi diskaun ni diberi apabila gugurlzz yang bayar ok..yang bukan gugurlzz tu tak dapat k,yang menyamar gugurlz pun tak dapat tau(tapi ada ke yang menyamar gugurlz cos nak diskaun Tutti Fruitti??lau ada aku yang 1st akan bocorkan..hehehe..gelak jahat).Bukannya banyak pun diskaunnye,15% jerk..lau 50% memang satu hari duk ngadap Tutti Fruitti jerla nya.Francais ni baru buka jer area KB ni,kalau ada sesiapa yang tak tahu kat mana,nanti aku bagitau k.Francais ni ada kat sini 
|
|
|
|
|
|
|
|
V
ok let's Froyo....Nampak tak kemana tu????Lau tak nampak pakai kaca mata tebal-tebal k.

Pertama sekali perkenalkan dahulu model tak bertauliah ini.

it's me with my Tutti Frutti..
Plan nak makan ramai-ramai ni sejak minggu lepas lagi..disebabkan banyak halangan yang mendatang dan nak dapat diskaun rela tangguh minggu ni...Lastly tercapai jugak hasratnya..Apa lagi melantak la kitaorang sepenuh hati...Ikutkan hati mahu jerk tambah,tapi sabar...jangan biarkan nafsu makan menguasai diri..hahahaha..satu mangkuk tu pun memang dah cukup la.


Mesti ada yang tertanya-tanya apa itu Tutti Fruitti ni kan??lau tak pernah makan mesti tak tahu apa kan.Tutti Frutti ni menyediakan pelbagai frozen yogurt yang memang sedap-sedap.Macam-macam flovour disediakan..topping pun macam-macam gak.Kalau boleh semua nak kan..Sekali makan memang nak , nak and nak lagi..Tapi hati-hati tau coz the more you topping, the more bucks you will spend, it will be weighed...ok..Kalau kau tak kisah tak per la..tambah topping tu banyak-banyak..

See our Tutti Fruitti....nyummmmyyyy kan??



Sempat lagi menjeling yer Al-Sahar...kemana fikiran tu??
Sedar tak sedar kejap jerk makannya...Licin semua bekas-bekas tu...Dan apabila kami kekenyangan jadi macamni lanye...

K. KC : i want strawberry k
Mady : i want semua..hahahaha..
Sahar : oreo...tak sedap..kihkihkih...
Discussion.....bila lagi mo datang????
Urrmmmm......ngah fikir semua bila nak datang balik...
Yesss.....DONE....next time plak k....
urrmmm begitulah ceritanya.Akhirnya bekas pun da kosong macam ni 
|
|
|
|
|
V

menandakan kami sudah selamat menghabiskan Tutti Frutti for this time..Lain kali kita sejukkan tekak kat sini lagi k kawan-kawan...
You All memang Gila-Gila Friends n Serasi Kepala la...

http://www.emocutez.com


See Yaa...Assalamualaikum

P/s : Untuk 4 bekas ni harganya RM44.60 ....hehehehe....lau makan KFC memang kenyang sudah..tapi gara-gara Tutti Frutti kami relakan aja..

ISU Gathering

Entry ni lama suda tersimpan kat sini...tapi tak diupdate-update pun...kasihannn...baru jumpa gambar-gambarnya.hehehehe..gathering ni seminggu sebelum puasa lagi nye,Just berkumpul ramai-ramai,makan-makan n suka-suka tepi pantai jerk.lupa plak nak bagitau kat mana..hehehehe..gathering ni kat Pantai Melawi area pantai bachok..very nice view n nice beach.

Ni antara-antara yang dapat hadir Gathering ni..



Seperti kebiasaannya la kan,mesti perempuan mendominasi sesuatu acara..hehehehe..entah kemana menghilang rakan-rakan lelaki yang lain.Walaupun tak ramai, semuanya happy jerk dengan makan-makan dan sesi snap-snap gambar ni kan.

nyummyyyyyy...
Chef Mady Zain with Gugurlz ISU
Kat Pantai Melawi ni banyak menyediakan resort2 dan chalet untuk pengunjung-pengunjung yang ingin bermalam dan melakukan aktiviti pantai.Selain itu aktiviti berkuda juga boleh dilakukan di pantai ini dengan charge yg murah aje..Kami-kami juga sempat berkuda..(hehehe berkuda la sangat,padahal ambik gambar jerk)...
aktiviti bergambar ngan kuda...ngeh..ngeh...
Aktiviti berkuda Jalan-jalan tepi pantai
Suasana pantai yang nyaman



Lain yang di cari Lain yang dapat...

Assalamualaikum...Banyak perkara berlaku harini.Memang dugaannnnnn...Sabar jerk..Kita move sikit kebelakang.Mo update entry yang da lame tertinggal ni.Kami The Geng BorK-Borak hendak pergi lunch makan tutti fruiti,tapi lain plak yang jadinya..hu3..Sampai aje di Tutti Fruiti taman tengku Anis,manager kedai or pembantu kedai gitau aiskrim xder,tak sampai2 lagi..yang ada perisa coklat jerk,mungkin kul 3 lebih camtu bru sampai...xkan nk tgu sampai kul 3 libih...so we'll plan p tempat lain jer dulu..tutti fruiti lain kali plak..Kami decide A&W..Dah lama jgak tak makan A&W ni..sampai-sampai sane jerk terus order...Dan apalagi melantak la kitaorg..hehehehe...Saya upload sikit gambar2 n gelagat kengkawan ni..Just layannnnn kkk...




hahahaha....waiting nak makan jerk ni..
Bestt Bro...kak kc oyak..kihkihkih
Sebelum makan-makan..snap dulu yang penting..
Aku..makan ini jerk...
Lepas kekenyangan...mengelamun kejap..
Jom balik laa....tak kan tak nak balik...

oreo cheesecake

Ni dia rupa cheesecake aku percubaan pertama..hehehe...lembik sikit but rasa dia memang sedap..Betul tak Kak Casey.??Lain kali cuba buat lagi....biasa la percubaan pertama banyak yang kurang sikit..Resepinya leh tengok kat sini --> sini  ... ikut kreativiti sendiri-sendiri jerk ni....Kalau nak cuba boleh la.


Dari pandangan atas...nyummy...


Kurang cheese camni la jadinya..


makan-makan ye erin jangan tak makan..