Showing posts with label aku. Show all posts
Showing posts with label aku. Show all posts

Jauh itu...

Salam Tahun Baru 2012


Assalamualaikum...masih tak terlambat lagi untuk aku mengucapkan salam tahun baru 2012 kan?
Pejam celik pejam celik sekejap sahaja masa berlalu.Sekarang kita sudah berada di tahun baru 2012.Banyak kenangan pahit dan manis berlalu begitu sahaja di tahun 2011.Apa yang aku dapat simpulkan, tahun 2011 mengubah sedikit kehidupanku.Yang sebelumnya berada jauh dirantauan tetapi kembali semula di negeri kelahiranku dengan suasana kerja dan rakan-rakan yang baru.Kadang-kadang terasa tersepit dengan perasaan sendiri, terasa diri keseorangan,tertekan dan macam-macam.Alhamdulillah masa itu mengubah segalanya apabila bertemu dengan rakan-rakan yang sejiwa dan serasi dengan kita.Terima kasih pada rakan-rakan yang berkenaan.Kesedihan dan kesepian berlalu begitu sahaja walaupun dicalit dengan sedikit emosional apabila berlaku sesuatu yang tidak diingini.

Setiap tahun aku dapat merasai kehidupan yang sungguh berbeza dari setiap negeri yang pernah menjadi tempat tinggalku.Apa yang penting bagiku adalah pengalaman hidup sendirian dan dapat merasai apa itu erti hidup berdikari yang sebenarnya.Tak rugi untuk kita mengenali budaya-budaya disetiap negeri yang lain dan merasai kehidupan dan cara pergaulan disana.Walaupun perasaan sedih menyelubungi diri yang jauh dari keluarga tersayang,tetapi kawan-kawan yang senasib denganku sentiasa ada dan dapat melupakan perasaan sedih itu seketika.Thanks for all of you friends sentiasa bersamaku disaat susah dan senang di kejauhan.Love you allzzz..

So tahun 2012 ini kita mulakan dengan lembaran yang baru, azam yang baru, hidup yang baru,suasana yang baru, kehidupan yang baru dan semuanya mesti yang baru.OK???Kita tutup Buku 2011 rapat-rapat.Jangan dibuka lagi. Pastikan kenangan-kenangan yang sedih itu kita kuburkan sahaja tetapi kenangan yang manis itu mesti diingati dan dibajai selalu.

Aku berharap, tahun ini dapat memberi aku seribu erti sebuah kehidupan yang pastinya semua orang mengimpikannya. Semoga Allah memberkati dan merahmati kami selalu.Semoga apa yang aku hajati itu tercapai.,,Insyaallahh...

no title.....


Hari yang tak berapa ok untuk aku minggu ni.Kepala ni asyik pusing je,hati plak berdebar-debar tak suda.Entah pe kena ngan aku ni kan.Kepalaku ini sedang berdenyut-denyut semasa jari-jari kecil ini menaip entry yang cincai untuk petang ini.Saje nak merepek meraban sekejap.Masih di dalam awang-awangan kot aku ni.Still terkejut....something yang aku tak dapat nak berkongsi lagi disini.Biar masa yang menentukannya....."Permudahkanlah Segala Urusan Kami yang Allah.."....stop disini dulu..nanti berjumpa lagi.